top of page

Reformasi sektor kesihatan swasta: MP, Senator KEADILAN sokong penuh



Oleh: Akmal Manaf


Ahli Parlimen (MP) dan Senator Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semalam menyatakan sokongan terhadap usaha yang dilakukan Kerajaan MADANI bersama Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam melaksanakan reformasi sektor kesihatan swasta.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Zin menyifatkan reformasi itu merupakan ‘first step in the right direction’ dalam usaha kerajaan untuk menangani isu berkenaan.


"Kami rasa bersyukur kerana selepas Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN memperjuangkan isu kenaikan premium insurans dan caj hospital swasta, akhirnya kerajaan telah memberi reaksi dan mengumumkan langkah-langkah reformasi.


"Ini menunjukkan suara rakyat, suara keramat. Sebagai wakil rakyat yang menyuarakan suara rakyat, kami berterima kasih kepada BNM, MOF dan KKM yang mengumumkan lima teras reformasi ini.


"Namun begitu, ‘the devil is in the details’, masalah selalunya adalah daripada segi pelaksanaannya. Ahli Parlimen Keadilan tetap komited untuk menjadi perantara antara rakyat dan pihak kerajaan untuk terus membantu BNM dan kerajaan merangka dasar yang terbaik," katanya menerusi satu kenyataan bersama.


Kenyataan itu dikeluarkan bersama Senator Datuk Dr Mohd Redzuan Othman, Senator Amir Md Ghazali, Senator Abun Sui Anyit, Senator Bob Manolan Mohamed dan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah.


Bagi merangka dasar yang terbaik, Tze Zin berkata Ahli Parlimen KEADILAN memohon agar sesi libat urus diadakan bersama Gabenor Bank Negara berkenaan isu itu.


"Kami juga akan terus memperjuangkan isu ini dan menerima aduan daripada rakyat, terutamanya selepas Bank Negara telah mengemukakan lima teras reformasi tersebut.


"Kami menyeru rakyat untuk terus membuat aduan kepada emel kami iaitu aduan.pkr.hospital.insurans@gmail.com," ujarnya lagi.


Terdahulu media melaporkan, BNM bersama MOF, KKM dan pengendali insurans dan takaful (ITO), hospital dan klinik swasta serta kumpulan pengguna bakal melaksanakan beberapa inisiatif dalam menangani isu terbabit.


Antara inisiatif tersebut adalah dengan mempamerkan harga ubat-ubatan dan menerbitkan julat harga perkhidmatan kesihatan lazim.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page