top of page

Reformasi Kuih Bulan: Refleksi Politik Zaman Silam Pada Hari Ini



Oleh: Andre Lai Chen Heng


ULASAN: Di mana ada penempatan masyarakat Cina, di situlah mereka menyambut Midautumn Festival atau Pesta Pertengah Musim Luruh.


Terdapat banyak versi asal usul perayaan ini, namum rekod sejarah telah mendokumenkan ia sebagai perayaan tradisional yang berasal dari kebiasaan menyembah bulan semasa Dinasti Zhou (1046 - 256 SM). Perayaan ini juga dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan, kerana ia jatuh pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar lunar Cina, apabila bulan penuh dan terang.


Pada malam ini, ramai orang akan berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk santapan kuih bulan, sambil menikmati keindahan bulan.


Rakyat tidak tunduk kepada penjajahan


Selain menggambarkan nilai-nilai kekeluargaan, persaudaraan, dan kesyukuran, perayaan ini mengandungi unsur-unsur politik yang boleh kita renungkan. Menurut salah satu legenda, kuih bulan bermula sebagai kaedah komunikasi rahsia untuk melancarkan pemberontakan terhadap pemerintahan Mongol semasa Dinasti Yuan (1279 - 1368).


Pesanan-pesanan untuk memberontak diselitkan di dalam kuih bulan dan diedarkan di kalangan rakyat Cina dengan mesej untuk menjalankan rusuhan tepat pada malam bulan menyembang. Akhirnya, pemberontakan berjaya dan Dinasti Ming (1368 - 1644) ditubuhkan.


Legenda ini menunjukkan bahawa rakyat Cina purba tidak mudah tunduk kepada penjajah dan sentiasa berusaha untuk mempertahankan kedaulatan dan identiti mereka. Ini juga mengingatkan kami bahawa perjuangan untuk kemerdekaan dan demokrasi tidak pernah mudah, memerlukan pengorbanan dan kerjasama.


Contohi sikap patriotik tamadun terdahulu


Selama beberapa tahun ini, saya sering menulis kisah asal-usul perayaan dan kaitannya dengan landskap politik hari ini. Sebagai ahli politik KEADILAN, saya berpendapat bahawa kita perlu mencontohi semangat patriotik rakyat purba Cina yang berani memberontak terhadap Mongol.


Kita perlu bersatu padu dan berani menentang sebarang usaha untuk merampas kuasa rakyat dan menggadaikan masa depan negara. Kita perlu menegakkan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan, dan ketelusan dalam pentadbiran negara. Kita perlu memperjuangkan hak-hak rakyat yang tertindas.


Agenda reformasi telah membawa kita sejauh ini, dan pada November 2022, Malaysia berjaya menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang pertama dalam sejarah.


Namun, agenda reformasi masih belum lagi sempurna perjalannya. Insiden ’tarik balik’ di Parlimen seminggu yang lalu merupakan satu signal bahawa negara masih lagi bergolak dengan rejim bekas kerajaan terdahulu yang masih tidak rela memberi laluan kepada Kerajaan Malayasia Madani untuk mentadbir dengan baik.


Kerajaan masuk ke paradigma baharu


Banyak titik peristiwa bersejarah telah dinoktahkan dalam ingatan kita. Krisis demi krisis, Kerajaan Malaysia Madani hari ini semakin kukuh melangkah ke paradigma yang baru. Hubungan Malaysia dengan kuasa-kuasa besar dunia telah dimantapkan.


Baru sahaja minggu lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan megahnya berucap di Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu – sebagai Perdana Menteri yang disanjungi tinggi di mata antarabangsa.


Pesta kuih bulan berlangsung pada bulan September hampir setiap tahun, di mana kita turut menyambut Hari Malaysia. Tidak dilupakan, bulan ini juga merupakan ulangtahun bermulanya reformasi pada 1999.


Bulan sabit (versi asal simbol mata) telah menjadi lambang logo KEADILAN, dan bulan penuh pada September sinonim dengan Reformasi Kuih Bulan demi aspirasi untuk Malaysia yang lebih baik. Biarlah bulan terus menjadi simbol perpaduan untuk membina negara yang lebih makmur, dan progresif selaras dengan agenda Malaysia Madani.


Selamat Hari Pesta Kuih Bulan kepada semua rakyat Malaysia!


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page