top of page

Reformasi institusi: Jabatan audit berkuasa mengaudit syarikat swasta, NGO



Pindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) yang diluluskan di Dewan Rakyat petang ini memberi lebih kuasa kepada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan, termasuk syarikat didaftarkan mengikut Akta Syarikat 2016 (Akta 777) atau NGO yang menerima jaminan kewangan Kerajaan Persekutuan atau negeri.


Menurut Ahli Parlimen Bayan baru, Sim Tze Tzin, kuasa JAN untuk mengaudit di luar badan atau syarikat kerajaan itu memberi kelebihan dalam melaksanakan sebarang siasatan terutama sekiranya skandal besar melibatkan dana awam seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berulang.


"Undang-undang audit ini penting kerana ia memberi kuasa kepada Jabatan Audit Negara (JAN) mengaudit syarikat swasta atas alasan "ikut audit dana awam"


"Misalnya, apabila JAN mengaudit kes 1MDB, kuasa mereka hanya terhad kepada agensi Kerajaan dan badan berkanun Kerajaan, bukan syarikat swasta seperti Good Star, Petro Saudi dan sebagainya.


"Hari ini, JAN mempunyai kuasa penuh untuk mengikuti jejak dana rakyat. Mereka boleh mengaudit semua syarikat swasta mengikut prosidur audit wang awam. JAN juga boleh mengaudit NGO yang mengambil dana awam dalam akaun dan aktiviti mereka. Ini akan memastikan lebih akauntabiliti dan ketelusan serta mengurangkan rasuah," katanya dalam kenyataan.


Kuasa bahatu ini juga, kata Tze Tzin, mengelakkan berlakunya intimidasi ke atas pegawai audit sebagaimana sepanjang 2015-2018 lalu, yang mana pegawai JAN berada di bawah tekanan serta ugutan luar biasa waktu mereka melaksanakan audit.


Bagi Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia itu, pemerkasaan Akta Audit ini menunjukkan Malaysia mampu melakukan reformasi bermakna selepas skandal besar.


Ujarnya, mungkin reformasi institusi kurang dihargai oleh orang ramai atau NGO.


Namun kesannya sangat besar dalam mengurangkan risiko dana awam disalahguna atau dibazirkan.


"Saya berharap mereka akan menyedari kepentingan pembaharuan ini pada masa hadapan.


"Saya juga berharap kelulusan undang-undang ini akan membuktikan kepada pengkritik bahawa Kerajaan Madani sedang bekerja keras untuk melakukan reformasi," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page