top of page

Reformasi 26 Tahun: Perjuangan panjang, kekalkan momentum kemenangan



Oleh: Abdullah Zaid


Ulang tahun gerakan Reformasi kali ke-26 semalam sememangnya memberi banyak makna kepada para perjuangan reformis dalam memaknai perjuangan.


Mengimbau liku liku perjuangan Reformasi, Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Amirudin Shari berkata, gelombang menuntut perubahan institusi itu telah menyaksikan banyak perubahan dan jatuh, bangun sehingga gerakan itu dianggap sebagai gerakan yang paling berjaya selepas perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah British kira kira enam dekad lalu.


"Selepas kemerdekaan gerakan Reformasi mampu menarik jutaan rakyat malah bertahan dengan cukup lama (dua dekad) sehingga kita mampu menongkah cubaan dan tohmahan yang dibuat pemerintah.


"Sudah pasti perjuangan ini bukan hanya ditumpu pada satu dua orang sahaja dalam menuntut perjuangan yang panjang.


"Dalam pada itu, kita melihat begitu ramai kawan-kawan serta sahabat yang gugur sama ada meninggal dunia ataupun tertarik dengan habuan dan ugutan (berpaling daripada perjuangan)," katanya pada ‘Majlis Memperingati Gelombang Reformasi 26 Tahun’ di kediaman Menteri Besar Selangor, malam tadi.


Majlis bacaan Yassin para reformis diketuai Exco Agama Selangor, Dr Fahmi Ngah

Jelasnya, episod jatuh bangun KEADILAN bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah parti itu apabila tewas dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU 2004) dan hanya memenangi satu kerusi Parlimen sahaja pada waktu itu.


Malah, Amiruddin turut mengimbau fasa berkenaan yang dianggapnya sebagai ‘bermimpi di siang hari’ ekoran siri kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas 2004 sehingga hasrat memenangi PRU seterusnya dilihat mustahil selain tekanan hebat yang diterima daripada pemerintah.


Namun, ujarnya, kini perjuangan Reformasi telah membuktikan semua itu boleh diatasi dengan semangat melawan yang kental apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dinobatkan sebagai pemimpin nombor satu negara.


"Saya masih ingat lagi ketika bertugas di Ibu Pejabat KEADILAN di Jalan Lawan Pedang ketika itu dengan beberapa senior yang menyatakan kita akan bungkus pada pilihanraya akan datang.


"Kalau kita ikut akal fikiran, bagaimana kita boleh angkat Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri ke-10? Sudah pasti kekuatan pendukung (reformis) yang sangat jitu, mahukan perubahan lebih baik (menyebabkan KEADILAN menang dalam beberapa PRU berikutnya)," ujarnya.


Para pejuang reformis 1998 melaungkan 'Reformasi' pada akhir majlis

Amirudin berharap kejayaan hari ini tidak akan terhenti selepas Anwar diangkat sebagai PMX. Para pejuang reformasi diharap akan terus berusaha keras untuk mengekalkan Anwar sebagai PM buat penggal kedua dalam Pilihan Raya Umum ke 16 akan datang.


Majlis ulang tahun Reformasi malam tadi dimulakan dengan solat Maghrib dan bacaan Yassin yang dihadiri oleh para pejuang reformis era 1998. Reformis kemudian menikmati jamuan di dewan terbuka di kediaman MB dan mendengar ucapan mengenang perjuangan Reformasi.


Untuk rekod, pada 2 Sept 1998, Datuk Seri Anwar yang menjawat Timbalan Perdana Menteri ketika itu dipecat oleh Tun Mahathir Mohamad dengan alasan salah laku seksual, dan mencetuskan gelombang kesedaran rakyat untuk membuat perubahan ke atas pemerintah yang sewenang wenangnya menggunakan institusi negara untuk matlamat politik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page