top of page

RCI Batu Puteh: 'Pembangkang fokus pertahan individu, bukan kedaulatan negara'



Kritikan berterusan pembangkang terhadap hasil Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu Batu Puteh yang kononnya menumpukan kesalahan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad amat mengecewakan.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan, laporan RCI tersebut secara keseluruhannya untuk mempertahankan kedaulatan negara dan mengandungi beberapa syor yang amat penting.


Beliau amat kecewa dengan kenyataan pemimpin Perikatan Nasional yang menghentam RCI Batu Puteh tanpa memuji cadangan cadangan baik yang dikemukakan oleh suruhanjaya itu.


"RCI ini yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh pakar undang-undang serta tokoh berpengalaman, adalah badan bebas yang ditubuhkan untuk mencari kebenaran dan mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan kedaulatan negara tidak tergugat.


"Justeru, adalah tidak wajar untuk pembangkang hanya menumpukan kepada satu aspek laporan RCI, seperti cadangan laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, tanpa memberi perhatian kepada cadangan lain yang lebih menyeluruh dan strategik demi mempertahankan kedaulatan negara.


"Cadangan seperti penilaian semula proses rundingan antarabangsa, penambahbaikan mekanisme pengurusan isu sempadan negara, dan pengukuhan peranan institusi diplomatik adalah antara langkah konkrit yang dicadangkan dalam laporan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Kata Ammar yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH, pembangkang harus fokus kepada usaha memastikan semua cadangan suruhanjaya dilaksanakan dengan telus dan berkesan, bukannya sekadar mempertahankan individu tertentu atas dasar sentimen politik.


Beliau menegaskan, isu Dr Mahathir yang dianggap melanggar sumpah jawatan dan boleh disiasat polis perlu diasingkan kerana dakwaan kesalahan Dr Mahathir tetap perlu disiasat biarpun beliau merupakan negarawan berjasa.


"Langkah siasatan terhadap mana-mana pihak, termasuk laporan polis terhadap Tun Mahathir adalah sebahagian daripada proses keadilan yang bebas dan tidak bermotifkan politik.


"Ia tidak bermakna jasa besar beliau sebagai negarawan dinafikan, tetapi menunjukkan bahawa tiada individu yang kebal daripada keperluan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.


𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂.

Kedaulatan Batu Puteh bukan sekadar isu teknikal atau sejarah, tetapi simbol perjuangan mempertahankan maruah negara," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page