top of page

Rayuan subsidi diesel akan dibentang untuk pertimbangan kabinet



Kerajaan Perpaduan mengambil maklum rayuan yang dikemukakan sektor tertentu, termasuk pengusaha trak penunda kenderaan yang berminat mendapatkan subsidi diesel.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, rayuan dikemukakan pihak terbabit akan diteliti dan dibentangkan ke kabinet untuk pertimbangan.

"Semuanya sedang dipertimbangkan, justifikasi telah mereka kemukakan dan sebaik sahaja jawatankuasa rayuan buat analisis, kita akan bentangkan untuk pertimbangan kabinet, buat masa ini belum ada keputusan dibuat.


"Kita masih buat analisis kerana prinsip asasnya adalah mereka yang layak untuk Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ini adalah sektor-sektor atau jenis pengangkutan yang terlibat dalam penghantaran barangan yang penting yang digunakan secara harian oleh komuniti yang besar," katanya.


Armizan ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Shopee Seller Summit 2024 di Petaling Jaya pada Khamis.


Media sebelum ini melaporkan gesaan dari pengusaha trak penunda yang mahu kerajaan mempertimbang agar perkhidmatan mereka dimasukkan dalam senarai 23 kategori kenderaan layak menerima bantuan diesel di bawah SKDS.


Difahamkan, setakat ini sebanyak 23 jenis kenderaan mengangkut barang layak menerima subsidi diesel melalui SKSD.


Kenderaan yang layak menerima subsidi diesel termasuk lori rigid (curtain sider), lori katering makanan, lori rigid (hasil pertanian), lori tangki rigid (minuman), lori rigid (kandang haiwan), semi (van panel), dan lori rigid (kombinasi).


Selain itu, turut diberikan subsidi ialah bas perkhidmatan bergerak, lori rigid (open platform), van perkhidmatan bergerak, bas katering makanan, lori rigid (perkhidmatan bergerak), van katering makanan, dan lori rigid (sampah).


Sementara itu Armizan menegaskan, kerajaan terbuka kepada sebarang rayuan sebagaimana yang dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan pertimbangan yang terbaik berhubung isu itu.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page