top of page

Rasuah projek mineral: Siasatan SPRM diteruskan, tiada usaha sekat - PM



Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya terdapat usaha mengekang siasatan yang dijalankan terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang disyaki terlibat dengan rasuah perolehan projek mineral.


Beliau menegaskan, pihaknya telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa siasatan tetap diteruskan.


''SPRM memaklumkan siasatan diteruskan.. ADUN yang berkait dipanggil.. setakat itu sahaja yang saya boleh maklum.


''Tetapi tidak benar sama sekali kalau dikatakan ada usaha untuk mengekang atau menyekat (siasatan) dijalankan,'' tegas beliau di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri sebagai menjawab soalan diajukan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).


Awang bertanya mengenai tahap pencapaian Kerajaan MADANI setelah mencapai usaha dua tahun pemerintahan dalam melaksanakan pelbagai janji reformasi antaranya usaha memerangi rasuah.


Menurut Anwar lagi, sekiranya terdapat tuduhan rasuah melibatkan orang-orang kenamaan (VIP), golongan itu juga akan disiasat tanpa ada sebarang sekatan.


''Saya percaya rakan-rakan di sebelah sana khususnya DAP dan Pas dulu pun memang cukup keras dalam membongkar kes rasuah yang melibatkan bukan sahaja satu pihak tetapi banyak pihak,'' katanya kepada dewan.


Terdahulu media melaporkan, pemberi maklumat skandal rasuah mendapat perhatian selepas mengutus surat kepada Anwar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan meminta campur tangan berhubung permintaannya untuk perlindungan dan kekebalan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.


Pemberi maklumat itu mendakwa, mempunyai lapan video menunjukkan ADUN berbincang mengenai wang.


Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page