Rasmi: BN menang bergaya PRK Ayer Kuning, berjaya rampas kubu PN
- Suara Keadilan
- 8 minutes ago
- 1 min read

Calon Barisan Nasional-Kerajaan Perpaduan menang bergaya dengan dengan majoriti 5,006 undi di Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning.
Secara rasmi Dr Mohamad Yusri mendapat 11,065 undi manakala caloan PN, Abd Muhaimin Malek mendapat 6,059 undi dan calon PSM Bawani KS hanya memperolehi 1,106 undi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori mengumumkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Undi PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah pada jam 9.36 malam ini.
Menurut laporan Sinar Harian, Ahmad Redhauddin berkata sebanyak 289 kertas undi ditolak dan peratusan keluar mengundi yang direkodkan adalah 58.07 peratus.
Dalam pada itu kemenangan BN amat bermakna apabila berjaya merampas tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dikuasai Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Dari 20 PDM calon BN hanya kalah satu di Tanjung Keramat yang agak panas kempennya dengan isu ladang babi.
Bagaimanapun kekalahan BN di PDM itu kurang daripada PRU 2022 lalu apabila tewas dengan 159 undi, namun kali ini hanya kalah 88 undi.
Kemenangan calon BN di DUN Ayer Kuning ini menyaksikan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) kekal dengan 33 kerusi DUN di Perak manakala PN dengan 26 kerusi.
DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu.
Comments