top of page

'Rasionalisasi subsidi tingkatkan daya saing, selepas PN longgok hutang'



Pembangkang Perikatan Nasional (PN) sering menyalahkan konsep rasionalisasi subsidi yang diamalkan Kerajaan Perpaduan sebagai modal berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.


Bagi Pengarah Pilihanraya Sungai Bakap, Rafizi Ramli, PN tidak nampak isu lain yang boleh dimainkan bagi mendapatkan undi selain isu nasional yang tidak mempunyai banyak kaitan dengan pentadbiran peringkat DUN.


Katanya, isu penyasaran subsidi diesel tidak sepatutnya menjadi modal utama.


Bagaimanapun rakyat Sungai Bakap, ujar Rafizi, perlu menyedari penyasaran diesel itu perlu dilakukan akibat hutang negara yang terlalu tinggi RM1.5 trilion menyebabkan pelabur asing tidak lagi mahu masuk kerana ekonomi Malaysia yang rapuh.


"(Pengerusi PN) Muhyiddin boleh mainkan isu tetapi kita sedia maklum rekod pentadbiran dia, kami pun terkejut juga dengan hutang yang mereka tinggalkan


"Dengan hutang itulah kita tak ada pilihan dan mengambil keputusan membina daya saing negara di masa akan datang.


"Daya saing dan kebolehan negara berkembang dalam ekonomi yang mampan itu bergantung kepada keutuhan kewangan negara dan kerajaan


"Sementara kita tak menyerang dengan rekod hutang semasa mereka jadi kerajaan, saya harap rakyat boleh menilai perkara yang diwariskan oleh kerajaan Muhyiddin," katanya dalam sidang media di Sungai Bakap petang tadi.


Mengenai pertanyaan wartawan berkenaan kos sara hidup yang melambung dimainkan pihak PN, Rafizi berkata hal itu juga menjadi topik hangat dalam pilihanraya di seluruh dunia, termasuk pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, Perancis dan pilihanraya yang bakal dihadapi United Kingdom.


"Memang isu global di mana mana pilihanraya, kita ada PRU di AS, UK dan Perancis. Ketiga tiga ini ada isu kos sara hidup kerana fenomena lepas Covid, kerana dunia masih lagi mencari rentak untuk mengimbangkan kesan ekonomi selepas Covid.


"Bagaimanapun tindakan yang diambil Kerajaan Persekutuan sekarang ini di landasan yang betul," katanya.


Menurut Rafizi, kerajaan menangani isu kos sara hidup dengan menaikkan gaji kakitangan awam dan akan diperincikan dalam Belanjawan 2025 pada Oktober ini.


Sementara bagi pekerja swasta pula kerajaan katanya telah memulakan dasar gaji progresif yang mendesak majikan menaikkan gaji dengan bantuan dana tertentu dari kerajaan.


"Di peringkat swasta kita telah mula projek rintis gaji progresif


"Beberapa perkara pokok yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah untuk membina keupayaan negara mengalihkan sumber negara untuk menambah pendapatan rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page