top of page

‘Rasionalisasi subsidi: Indonesia berjaya tingkatkan dana pembangunan’



Oleh: Abdullah Zaid


Pelan rasionalisasi subsidi kebangsaan yang memperkenalkan polisi penyasaran subsidi diesel sekiranya berjalan dengan lancar boleh menambahkan peruntukan atau dana pembangunan kepada rakyat.


Mengambil contoh kerajaan Indonesia, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Terengganu, Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali berkata, rekod negara itu di bawah Presiden Joko Widodo (Jokowi) melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan api telah terbukti berjaya menaikkan peruntukan pembangunan insfrastruktur dan hal itu perlu dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia.


"Jokowi menjadi Presiden Indonesia pada 20 Oktober 2014 dan beliau terus mengubah struktur subsidi bahan api walaupun ramai yang membantah namun rakyat akhirnya menyokong beliau apabila Jokowi menang pada pilihanraya seterusnya (penggal kedua).


"Sebab itu, saya berpandangan perkara sama juga boleh berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika beliau tegas melaksanakan dasar ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Terdahulu, Kerajaan Madani mengumumkan harga diesel di semua stesen minyak di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu pada harga pasaran semasa pada 10 Jun lalu.

Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali

Tambah Haikal, pelaksanaan subsidi bersasar itu merupakan antara langkah pembaharuan kerajaan di bawah rangka kerja Ekonomi Madani bagi memastikan pengurusan fiskal yang mampan dan menangani isu ketirisan serius dalam sistem subsidi diesel pukal sebelum ini yang menjejaskan kebajikan rakyat.


"Perlu untuk kita tahu bahawa cadangan penyasaran subsidi ini banyak kali dibuat oleh kerajaan terdahulu atas sebab kepentingan ekonomi negara.


"Lebihan perbelanjaan akan dapat disalurkan untuk menambah baik pembangunan negara, termasuklah menaik taraf pengangkutan awam, penambahan bilangan sekolah dan hospital untuk kegunaan kita semua," ujarnya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penjimatan daripada penyasaran subsidi akan dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.


Penyaluran itu katanya, akan dikembalikan melalui keperluan pengangkutan awam dan suntikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).


Untuk rekod, rakyat masih mendapat subsidi langsung melalui sistem Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Budi Madani, termasuk 33 jenis kenderaan yang layak menerima subsidi selain pemberian tunai RM 200 secara bulanan kepada pemilik kenderaan diesel individu, petani dan pekebun kecil.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page