top of page

Rasionalisasi: Pastikan subsidi diesel sampai kepada golongan sasar



Pengumuman mengenai rasionalisasi subsidi bahan api diesel di Semenanjung Malaysia oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin merupakan langkah yang perlu dilaksanakan demi masa depan negara.


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan langkah itu bagi mencegah ketirisan selain memastikan subsidi bahan api benar-benar sampai kepada golongan sasar.


Mengenai pengecualian bagi pengguna di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, hal ini kerana kebanyakan penduduk di dua negeri itu masih bergantung kepada penggunaan diesel untuk tujuan pengangkutan.


Dengan pelaksanaan penyasaran subsidi untuk bahan api itu, kata Shamsul, negara berupaya menjimatkan perbelanjaan selain peruntukan berkenaan dapat digunakan untuk tujuan pembangunan yang lebih penting.


"Kerajaan Malaysia kerugian akibat subsidi tersebut tidak mencapai sasaran kepada yang benar-benar memerlukan, sebaliknya sampai kepada pemilik syarikat serta 3.8 juta warga asing.


"Walhasil kerajaan boleh menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion setahun serta dapat menyalurkan subsidi kepada kelompok yang disasarkan.


"Dapatlah kerajaan untuk menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ditambah baik dan ditingkatkan kepada RM700 juta berbanding RM130 juta (sebelumnya)," katanya di aplikasi X.


Dalam Perutusan Negara kelmarin, Perdana Menteri memaklumkan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel membabitkan pengguna di Semenanjung yang dianggar membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun.


Bagi membendung kenaikan drastik harga barangan dan perkhidmatan di Semenanjung, Anwar dalam pada itu berkata kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial berenjin diesel.


Subsidi itu membabitkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).


Menurut Anwar, kerajaan juga bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page