top of page

Rapatkan jurang jantina, perlindungan sosial, TVET keutamaan Malaysia



Oleh: Akmal Manaf


Tekad Malaysia bergerak ke arah negara maju adalah dengan memperbaiki kesenjangan dalam masyarakat terutama jurang antara jantina, memperkemas jaringan perlindungan sosial dan memajukan generasi muda melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, usaha merapatkan jurang jantina amat perlu diutamakan termasuk keperluan menambahbaik jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif melibatkan jantina bagi merealisasikan masyarakat madani.


Hal itu diutarakan beliau di pentas World Economic Forum (WEF) 2025 baru baru ini. Nurul Izzah menyatakan bahawa pihak kerajaan telah memperkenalkan inisiatif seperti i-Suri dan beberapa bentuk insurans perlindungan sosial bagi menjamin masa hadapan golongan suri rumah.


Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Social & Economic Research Initiative (SERi) berkata, kerajaan juga telah meningkatkan peruntukan untuk sektor TVET bagi memastikan jaminan tenaga kerja teknikal berskil tinggi pada masa hadapan termasuk kepada golongan wanita.


''Jadi di Malaysia kami meletakkan TVET sebagai program utama dengan pendekatan mendapatkan golongan anak muda pergi ke program kelayakan mikro.


''Selagi anda mempunyai diploma atau pensijilan, ia akan meningkatkan prospek terhadap pekerjaan anda.


''Ini dilakukan dengan cara yang besar (di Malaysia). Berbilion Ringgit telah dibelanjakan supaya terdapat sekurang-kurangnya tahap mobiliti dinikmati oleh pihak berkepentingan yang berbeza,'' katanya.


Beliau berkata demikian sebagai panel undangan di pentas WEF yang berprestij diadakan di Davos, Switzerland baru baru ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page