top of page

Rangka strategi serap kesan tarif perang dagang AS - Lee Chean Chung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 4
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Perang dagang berupa kenaikan tarif sehingga 24% kepada barangan Malaysia yang masuk ke Amerika Syarikat (AS) memerlukan strategi ampuh bagi menangani impak pengurangan eksport ke negara maju tersebut.


Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, satu dasar perlu dirangka berdasarkan 'pemusatan rakyat' bertujuan mengurangkan kesan tarif baharu diumumkan AS kelmarin.


Katanya, skala perniagaan melibatkan jaringan keselamatan sosial, program peningkatan kemahiran dan mekanisme sokongan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu dipertingkatkan bagi menyerap kesan tarif kepada pasaran alternatif.


''Berkuat kuasa 9 April ini, tarif dari 10 hingga hampir 50 peratus akan dikenakan kepada hampir semua produk yang dieksport dari negara ASEAN ke AS, dengan hanya beberapa pengecualian.


''Tarif baharu ini mengancam untuk mengganggu rantaian bekalan global, menghalang pelaburan dan pertumbuhan KDNK yang perlahan di saat negara-negara ASEAN memerlukan prestasi ekonomi yang kukuh bagi membasmi kemiskinan, meningkatkan kualiti pendidikan dan menangani perubahan iklim.


''Di peringkat serantau, aliran perdagangan yang berpecah-belah, juga berisiko melemahkan pengaruh kolektif ASEAN dalam ekonomi global,'' katanya dalam satu kenyataan.


Chean Chung yang juga Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi Parlimen Malaysia menyifatkan, ASEAN mesti bertindak secara menyeluruh bagi mendepani tekanan global.


Katanya, ASEAN perlu memperdalamkan penyatuan dengan mempercepatkan inisiatif seperti perjanjian perdagangan bebas barangan ASEAN, mengharmonikan piawaian, dan mengurangkan halangan bukan tarif.


''Pelaburan dalam infrastruktur serantau, perdagangan digital dan industri mampan juga berpotensi mencipta enjin pertumbuhan baharu, kurang kebergantungan kepada pasaran luar yang tidak menentu.


''Yang penting, ASEAN mesti melonjakkan suara kesatuan di forum global seperti di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan G20, bagi menyokong perdagangan adil dan terbuka,'' kata Pengarah Komunikasi KEADILAN itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page