top of page

Rangka kerja AI: Utamakan prinsip keadilan, ketelusan, keterangkuman



Rangka kerja kecerdasan buatan (AI) perlu dibangunkan berdasarkan prinsip keadilan, ketelusan dan keterangkuman.


Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata demikian dalam ucaptama di forum “Empowered by AI: Women Leading the Future” di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur hari ini.


Menurut beliau, AI yang sedang membentuk dunia persekitaran dalam cara yang tidak pernah dibayangkan perlulah mempunyai nilai manusiawi, bukan hanya kecanggihan teknologi semata mata.


Begitu juga, beliau menyentuh peranan wanita dalam AI yang bakal menempuh masa hadapan sangat mencabar.


"Sebahagian besar ucapan saya ditumpukan kepada peranan wanita dalam AI. Saya mencadangkan agar wanita bukan sahaja dijadikan sebagai peserta, tetapi juga sebagai pemimpin dalam bidang ini.


"Saya turut menekankan kepentingan kepimpinan AI yang beretika dan keperluan untuk merangka tadbir urus yang kukuh bagi menangani privasi data, keselamatan dan kemungkinan berat sebelah.


"Kita mesti membina rangka kerja yang mengutamakan keadilan, ketelusan dan keterangkuman, dan ianya tidak hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata," katanya di Facebook merujuk ucaptama beliau bertajuk “Empowering Malaysia’s Future Through Artificial Intelligence (AI) and Inclusive Leadership”.


Tegas, Dr Zaliha, Semua pihak termasuk pemain industri, ahli akademik dan masyarakat sivil mempunyai peranan penting dalam memastikan AI dapat memberi manfaat kepada semua.


Menurutnya lagi, pada tahun tahun mendatang Malaysia akan berada di barisan hadapan dalam menghadapi transformasi besar tersebut.


Bagi pasaran AI di negara ini pula, kata Dr Zaliha, potensinya dijangka mencecah AS$797.4 juta, dengan pertumbuhan pesat terutamanya dalam sektor elektronik.


"Walaupun terdapat pelbagai potensi namun cabaran utama adalah untuk mempersiapkan infrastruktur dan tenaga kerja kita bagi menghayati AI sepenuhnya.


"Dalam hal ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah meletakkan visi yang jelas untuk menjadikan Malaysia di kedudukan 20 negara teratas dalam AI.


"Pada saya, visi ini bukan sahaja mengenai kemajuan teknologi semata-mata, tetapi juga tentang memanfaatkan potensi AI untuk memacu pertumbuhan dan inovasi yang inklusif merentas semua sektor masyarakat," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page