top of page

Rangka garis panduan tingkat kemudahan awam di KL - Dr Zaliha



Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kemudahan awam seperti sekolah dan klinik serta taman di ibu kota bagi menampung peningkatan populasi di Kuala Lumpur, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.


Katanya, satu garis panduan akan dirangka melalui sesi perbincangan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada bulan ini untuk memastikan setiap pembangunan baharu di ibu kota dapat dipastikan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi kepentingan penduduk.


"Garis panduan ini adalah penting bagi memastikan kemudahan awam seperti sekolah, klinik dan taman sentiasa sejajar dengan pembangunan serta pertambahan populasi di bandar raya ini.


"Setelah selesainya garis panduan ini, setiap pembangunan baharu perlu mematuhi garis panduan yang lebih tegas dan bersepadu, tanpa mengenepikan kepentingan dan keperluan penduduk setempat," kata Zaliha dalam kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.


Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan ketiga bagi tahun ini di Kuala Lumpur dan sebanyak 18 isu dibangkitkan dengan salah satunya berkait kepadatan penduduk yang semakin meningkat serta kekangan kapasiti kemudahan awam.


Zaliha berkata isu peruntukan DBKL kepada Ahli Parlimen untuk projek-projek kecil bagi manfaat rakyat turut diutarakan.


"Bagi tahun 2024, setiap pejabat cawangan DBKL telah menerima peruntukan antara RM300,000 hingga RM500,000 bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan sosial dan menaik taraf infrastruktur awam seperti dewan, jalan raya, parit dan taman di sekitar Kuala Lumpur.


"Penekanan juga diberikan kepada keperluan untuk menambah baik kaedah penyaluran peruntukan ini agar lebih strategik dan efektif," ujarnya.


Beliau berkata DBKL bertanggungjawab untuk memastikan setiap peruntukan digunakan secara optimum manakala laporan audit dan pemantauan berkala perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan itu.


Jelas beliau, langkah itu bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan keberkesanan pelaksanaan projek.


"Sebagai langkah susulan, DBKL diminta untuk menyegerakan pelaksanaan cadangan-cadangan yang dibincangkan serta melaporkan perkembangannya kepada saya secara berkala," ujar Zaliha lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page