top of page

Rancang kunjung parlimen negara negara ASEAN sebelum AIPA - Johari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 28, 2024
  • 1 min read


Presiden baharu Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46, Tan Sri Johari Abdul merancang untuk mengadakan lawatan ke setiap speaker parlimen di negara anggota ASEAN dalam masa terdekat.


Johari yang juga Speaker Dewan Rakyat berkata demikian dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.


''Kita mengambil sikap kalau boleh hendak melawat semua negara jiran dengan anggota ASEAN sebelum berlakunya persidangan (AIPA) pada September tahun depan.


''Saya akan cuba sebaik mungkin melawat semua negara anggota ASEAN ini.


''Insya-Allah ia sedang dirangka dan saya jangka mungkin dalam masa terdekat hingga tamat sahaja sidang (Dewan Rakyat) 12 Disember ini.


''Rancangan sedang dibuat untuk saya mengunjungi semua speaker-speaker di dewan-dewan ASEAN,'' katanya dipetik Bernama.


Menurut Johari, selaras dengan Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025, beliau telah melaksanakan tindakan proaktif dan meneruskan kesinambungan pengukuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara anggota ASEAN menerusi lawatan rasmi ke Vietnam pada 23 hingga 25 Oktober lalu.


Katanya, kunjungan itu turut menumpukan kepada persiapan Malaysia bagi penganjuran AIPA ke-46 dengan matlamat meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga bersih serta pertukaran budaya untuk memperkukuh ASEAN yang inklusif dan mampan.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page