top of page

Ramanan serah gaji, elaun kepada enam surau sekitar Sg Buloh



Oleh: Azuan Ab Rahman


Sebanyak enam surau sekitar kawasan parlimen Sungai Buloh menerima sumbangan bagi mengimarahkan bulan Ramadan daripada Ahli Parlimennya semalam.


Datuk Seri R Ramanan berkata, sumbangan hasil gaji dan elaunnya itu selari janji dibuatnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.


"Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, saya mengambil peluang untuk menyampaikan bantuan yang diperuntukkan melalui keseluruhan gaji dan elaun saya kepada enam surau sekitar kawasan Parlimen Sungai Buloh.


"Antara surau yang menerima manfaat itu ialah Surau Madrasatul Falahiyah, Surau An-Najah Taman Subang Idaman, Surau At-Taqwa, Surau As-Salam, Surau Al-Mukim, dan Surau Al-Hidayah," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya.


Mengulas lanjut, Ramanan memberitahu, sebanyak RM580,000 daripada keseluruhan gaji dan elaunnya telah disumbangkan kepada hampir 100 rumah ibadah dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh.


Katanya, pemberian itu dilakukan sejak beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh pada tahun 2022.


"Saya yakin sumbangan yang diterima oleh rumah ibadat ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kebajikan komuniti setempat.


"Kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page