Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengingatkan ibadah puasa harus dilakukan dalam suasana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid 19 demi memastikan tidak dijangkiti virus maut itu.
Katanya, semoga ada sinar baharu dalam hidup rakyat Malaysia selepas Ramadan ini, sama ada dalam pengawalan Covid atau pemulihan ekonomi.
"Dengan limpah inayahNya, Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadan pada tahun ini.
"Kita telah melalui Ramadan pasca pandemik yang amat berbeza, namun harus kita syukuri dipinjamkan usia bagi meraikan dan melasanakan ibadah tahun ini.
"Teruskan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Inshaallah, semoga sinar baharu akan kembali semula dalam negara kita," katanya.
Comments