top of page

Rakyat Selangor tolak pengkhianat politik seperti Azmin - Saifuddin



Oleh: Mohd Azuan Ab Rahman


Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diingatkan agar tidak 'berdrama' merayu undi rakyat di negeri itu khususnya masyarakat Cina.


Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan menegaskan, rekod politik Mohamed Azmin jelas menunjukkan beliau adalah individu bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 sekaligus mencetuskan ketidakstabilan politik negara.


Justeru katanya, rakyat Selangor tidak lagi mahu bersama seorang pengkhianat politik yang menyebabkan ketidakstabilan politik negara.


"Semua orang tahu peranan beliau dalam Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan yang dipilih rakyat. Sejak itu, negara berdepan dengan krisis politik yang berpanjangan


"Retorik pembangkang yang kononnya mahu membantu golongan peniaga Cina hanyalah strategi politik terdesak sedangkan dasar dan polisi Kerajaan Selangor pada masa ini telah membuktikan kejayaan," katanya.


Saifuddin yang juga setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor sebelumnya mengulas rayuan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu supaya masyarakat Cina khususnya memberi peluang kepada pembangkang untuk mentadbir negeri itu.


Sementara itu Saifuddin menyifatkan Mohamed Azmin sebagai seorang pemimpin yang gagal.


Ketika dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Mohamed Azmin dakwanya tidak berjaya menarik pelaburan dalam jumlah yang memberangsangkan.


Malah sebagai Ketua Pembangkang di Selangor, Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang itu juga dianggap gagal memimpin pembangkang menjadi penyemak imbang yang kuat terhadap Kerajaan Negeri.


Susulan itu, Mohamed Azmin menurutnya lebih sesuai menyalurkan ‘kepakaran ekonomi’ dimilikinya kepada negeri-negeri SG4 yang lebih memerlukan idea pentadbiran berbanding Selangor.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page