top of page

Rakyat Selangor Bersama The Red Giant



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Malaysian Football League (MFL) telah menghukum pasukan Selangor FC berhubung kes ketidakhadiran pasukan tersebut ke Perlawanan Piala Sumbangsih yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024. Selangor FC telah memohon penangguhan untuk perlawanan tersebut kerana pemain utamanya iaitu Faisal Halim telah disimbah asid pada 5 Mei 2024 di sebuah pusat beli-belah di Damansara sehingga menyebabkan melecur tahap empat di badan dan tangannya.


Tindakan MFL telah mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana Selangor FC telah dihukum denda RM 100,000, bayaran pampasan, pemotongan tiga mata, dan perlawanan tanpa penonton akibat keputusan tersebut.


Keutamaan keselamatan pemain


Seluruh rakyat Selangor bersimpati dengan nasib yang menimpa pemain utama The Red Giant iaitu Faisal Halim, justeru apabila pihak pengurusan The Red Giant membuat keputusan tidak menyertai Perlawanan Piala Sumbangsih (selepas permohonan penangguhan ditolak oleh MFL) maka keputusan tersebut tidak dipertikaikan oleh penyokong pasukan The Red Giant.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Malah Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC, baginda menzahirkan pandangan bahawa keutamaan adalah nyawa serta keselamatan para pemain dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan. Sesungguhnya kami seluruh rakyat Negeri Selangor sangat bertuah kerana berada di bawah pemerintahan sultan yang prihatin seperti Tuanku Sultan Selangor.


Kami seluruh rakyat Negeri Selangor juga mempertahankan tindakan Tuanku Sultan Selangor yang secara terbuka menunjukkan kemurkaan terhadap MFL yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tiada ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak prihatin.


Bagaimana mungkin keputusan The Red Giant yang mementingkan keselamatan ahli pasukannya dibalas dengan hukuman yang sangat zalim, The Red Giant telah kehilangan 3 mata awal kerana tidak menyertai Perlawanan Piala Sumbangsih. Adakah kehilangan 3 mata tersebut tidak cukup untuk menghukum The Red Giant?


Penghinaan ke atas rakyat Selangor


Kami seluruh rakyat Negeri Selangor bukan sahaja bersolidariti ke atas kezaliman yang menimpa Faisal Halim, kami turut bersolidariti mempertahankan kedudukan Sultan Sharafuddin Idris Shah atas penghinaan dan sindiran yang dilemparkan kepada baginda.


Penghinaan terhadap Tuanku Sultan Selangor bermakna penghinaan terhadap negeri dan rakyat Selangor. Seharusnya kemurkaan Tuanku Sultan Selangor cuba difahami kerana baginda tidak berniat untuk memalukan mana-mana individu, baginda hanya cuba mempertahankan hak dan keadilan untuk The Red Giant. Peraturan dalam pemainan chess seharusnya dihayati dalam situasi ini di mana “you can't kill a king with another king”.


Pujian seharusnya diberikan kepada seluruh kepimpinan kerajaan Negeri Selangor yang telah menggerakkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC, tabung tersebut telah berjaya mengutip melebihi jumlah denda RM 60,000 yang dikenakan terhadap pasukan The Red Giant.


Lebih mengharukan apabila tiga ADUN Selangor (Datuk Rizam Ismail, Altimet dan Muhammad Izuan Ahmad Kasim) mengumumkan sumbangan separuh gaji untuk membantu Selangor FC membiayai pembayaran denda dikenakan oleh MFL.


Sesungguhnya insiden ini tidak pernah melemahkan semangat juang The Red Giant, malah ia lebih memangkin semangat juang pasukan untuk mengondol Piala FA 2024/2025.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page