top of page

Rakyat sambut meriah kepulangan 'hero' Malaysia di pentas dunia



Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini selamat tiba di tanah air dari Rio De Janeiro, Brazil selepas mengakhiri lawatan kerjanya di lima buah negara.

Pesawat yang membawa Anwar mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11 pagi tadi.


Menariknya, kepulangan Presiden KEADILAN itu disambut lebih 700 orang rakyat prihatin dan dan ahli parti yang berkumpul di sebuah stesen minyak Petronas KLIA, arah ke Kuala Lumpur.


Anwar kemudian tiba dan bersalaman dengan para penyokongnya dalam pukul 12 tengah hari. Rakyat jelata tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan figura politik berusia 77 tahun itu, sambil melaungkan kata keramat, 'Reformasi!' dan 'selamat kembali'.


Turut kelihatan di lokasi adalah Setiausaha Politik Kanan PM, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan sambutan yang diterima oleh pemimpin utama negara itu sangat bagus.


"Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Inilah (Anwar) hero kita, hero Palestin, hero Malaysia yang membawa suara kita ke persada antarabangsa," katanya.

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Untuk rekod, negara pertama yang dilawati Anwar adalah China bertujuan merasmikan ekspo perdagangan dan mengadakan pertemuan dengan Presiden, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Qiang.


Selepas ke China, beliau pulang sebentar ke tanah air untuk lawatan seterusnya ke empat buah negara iaitu Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil.


Anwar itu Mesir di atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi. Beliau kemudiannya ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam yang menyaksikan perbincangan situasi terkini dunia Islam, terutamanya konflik membabitkan Palestin dan Lubnan.


Selepas lawatan tersebut, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 yang diadakan di Lima, Peru.


Selesai menghadiri persidangan di Peru, beliau ke Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi jemputan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page