top of page

Rakyat rasakan nikmat kehidupan lebih baik diperitah Kerajaan Perpaduan



Rakyat Malaysia pasti telah merasakan nikmat berada di bawah pemerintahan yang lebih makmur hampir dua tahun Kerajaan Perpaduan berkuasa.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari, pemulihan ekonomi dan pendapatan yang semakin membaik merupakan bukti kehebatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mentadbir negara.


Oleh itu, katanya, rakyat tidak perlu mempercayai kempen Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota yang mengulang ulang isu kenaikan harga barang atau inflasi.


"Kalau ikut Muhyiddin, Perikatan Nasional, wakil dia yang kempen, sekarang negara ini tak progres, maju.


"Sedangkan kita tengok data, saya baru balik dari Rusia. Kita bermesyuarat dengan Presiden Putin selama 2 jam. Kita bincang serius sebab PM dan kerajaan telah tunjukkan kita punyai sikap tegas dalam dasar antarabangsa, kita mempunyai pemulihan ekonomi yang baik, kita punya kerajaan stabil.


"Tetapi kalau tanya mereka (PN) tak selesai masalah. Kalau tanya harga barang, dia hanya mengulang penipuan. Sedangkan realitinya tidak dapat dibuktikan. Zaman PN perintah bukan harga tak boleh ditentukan, barang pun tak ada.


"Telur tak ada, harga ayam RM14 sekilo. Namun hari ini saya tengok rakyat sudah rasakan kehidupan mereka lebih baik, pendapatan lebih baik dan ia disumbangkan oleh kestabilan dijana oleh Kerajaan Perpaduan," katanya dalam ceramah sempena perasmian Bilik Gerakan KEADILAN PRK DUN Mahkota, malam tadi.


Sebelum itu, Amirudin membuka ucapannya dengan mengimbau ulang tahun gerakan reformasi ke-26 yang selepas 2 dekad telah berjaya menobatkan Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh.


Katanya, perjuangan reformasi juga mengajar rakyat untuk berjiwa besar sebagaimana ikon reformasi itu sendiri yang sering memaafkan musuh politik dan sedia kerjasama dengan parti yang pernah menganiaya beliau.


"26 tahun itu kita lalui pelbagai detik jatuh bangun dan hari ini satu yang sangat manis kepada kita, selepas 26 tahun kita ditertawakan, selepas kita menang pilihanraya 2018 dan dikhianati, kita berjaya nobatkan Anwar sebagai PM Malaysia ke 10 yang mengepalai 18 parti, dan ini merupakan satu gabungan paling besar dalam sejarah politik Malaysia


"Apa pengajaran 26 tahun dalam perjuangan adalah kesediaan kita untuk berfikiran terbuka, berlapang dada dan jiwa besar. Ini diajar oleh Anwar. Kalau Anwar jiwa kecil, pendendam, sebagaimana digambarkan PN sekarang, kita tidak akan ke mana mana. Perjuangan menuntut kita berjiwa besar, sedia memaafkan dan sedia move on.


"Nak maju kita kena berkorban dan bergerak ke hadapan. Ini berlaku sekarang," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page