top of page

Rakyat perlu sokong RUU Perubahan Iklim Negara - Nik Nazmi



Proses penyediaan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) kini berada di peringkat akhir dan akan dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, penggubalan RUU itu selaras dengan aspirasi perubahan iklim negara dan matlamat pembangunan mampan jangka panjang.


Tambahnya, dalam memastikan kandungan RUU itu lebih komprehensif dan relevan, pihaknya telah mengadakan perbincangan intensif dengan Kerajaan Negeri selain turut mengambil kira pandangan pelbagai pihak.


"NRES telah membuka ruang konsultasi awam, melibatkan masyarakat sivil, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat, dan orang ramai


"Rang Undang-undang ini memberi tumpuan kepada mitigasi, seperti pengurangan pelepasan gas rumah kaca, namun aspek adaptasi juga penting, dan orang ramai perlu bersedia menghadapi perubahan seperti kenaikan suhu dan paras air laut.

"Kita juga memiliki Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP), yang akan dilengkapi elemen adaptasi melalui RUUPIN," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata begitu kepada pemberita di Program Semarak Desa Kampung Angkat MADANI NRES 2025 di Kampung Aril, Melor, di Kota Bahru pada Jumaat.


Sementara itu menurut beliau, kerajaan telah mengambil langkah awal dengan menetapkan sasaran sifar bersih gas rumah kaca menjelang 2050.


Dalam masa sama jelasnya, NRES sedang membangun Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) bagi melengkapkan Rang Undang-undang berkenaan. DPKK ini penting sebagai instrumen utama untuk memastikan pasaran karbon negara dapat berfungsi secara efektif, termasuk pelaksanaan harga karbon.


"Justeru, NRES menyeru rakyat agar menyokong usaha kementerian dalam memastikan pengurusan sumber asli dilakukan secara mampan demi kepentingan negara," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page