top of page

Rakyat perlu hayati sejarah, Perlembagaan negara - Ismail Yusop



Rakyat Malaysia harus menghayati sejarah negara dan Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk masyarakat yang harmoni berbilang kaum dan taat kepada institusi diraja.


Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, negara ini mempunyai Perlembagaan yang lengkap menjamin hak setiap rakyat dan menjaga hubungan antara kaum yang perlu difahami sebaik baiknya terutama oleh generasi muda.


"Fasal 32 memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara, manakala Perkara 40 memperincikan peranan baginda sebagai Raja Berperlembagaan yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, kecuali dalam hal-hal tertentu di mana baginda mempunyai budi bicara," katanya dalam muatnaik di Facebook.


Mengulas lanjut, Ismail berkata, berdasarkan Fasal 43 kepimpinan Yang di-Pertuan Agong disokong dengan pelantikan Perdana Menteri (PM) dengan melantik individu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, dan PM akan melantik Jemaah Menteri bagi menjalankan pentadbiran.


Dalam pada itu beliau menegaskan bahawa JKOM merupakan salah satu agensi kerajaan untuk memahamkan rakyat mengenai negara bangsa Malaysia serta peranan pemerintah.


Ismail juga dalam tulisan itu menekankan, prinsip Malaysia Madani yang diketengahkan oleh kerajaan bagi mengangkat penghayatan nilai-nilai kenegaraan dan penghormatan kepada institusi diraja bagi membentuk rakyat Malaysia ke arah negara bertamadun.


"JKOM bertanggungjawab dalam memberikan pencerahan kepada rakyat mengenai peranan penting ini. Institusi diraja bukan sahaja simbol kedaulatan negara tetapi juga pemacu utama dalam memastikan kelangsungan pembangunan negara bangsa dan perpaduan rakyat.


"Justeru, dalam kerangka dasar Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, penghayatan terhadap nilai-nilai kenegaraan dan penghormatan kepada institusi diraja adalah penting untuk merealisasikan visi pembinaan ketamadunan negara.


"Marilah kita terus junjung daulat institusi diraja demi kestabilan, kesejahteraan rakyat, dan kemakmuran negara," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page