top of page

'Rakyat Palestin tidak akan keseorangan' - Azmi Hamid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 28
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Majlis Perunding Pertubuhan Malaysia (MAPIM) akan terus memberikan tekanan dan bantahan secara politik dan ekonomi kepada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sebagai simbol bantahan tindakan kejam negara itu terhadap rakyat Palestin.


Pengerusi MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selepas ini banyak lagi acara akan diadakan di hadapan bangunan Kedutaan AS di Kuala Lumpur.


''Jadi saudara teruskan bersama.. terima kasih kerana ramai yang hadir dengan inisiatif keranda dan mayat.


''Sama-sama kita menyemarakkan semangat ini dan jangan berhenti.. saya harap apa yang kita lakukan diterima Allah pada bulan Ramadan ini.


''Kamu (rakyat Gaza) tidak akan berseorangan. Kami akan lakukan yang termampu,'' katanya ketika berucap pada Himpunan Hari Al Quds Sedunia 2025 di hadapan Bangunan Tabung Haji, di ibu negara hari ini.


Terdahulu, Cikgu Azmi mengetuai penyerahan memorandum di Kedutaan AS sebagai membantah keganasan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.


Turut serta dalam usaha menyampaikan memorandum berkenaan adalah Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad dan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.


Bagaimanapun, menurut Cikgu Azmi Kedutaan AS tidak melayani mereka dalam aksi menyerahkan memorandum bantahan berhubung konflik di Palestin.


''Mereka hanya beritahu masukkan memorandum ke dalam peti surat. Ini kali kedua kita dilayan secara biadab.


''Saya sendiri kecewa, tetapi tidak sama sekali melemahkan semangat saya (untuk terus bersolidariti),'' tegas beliau lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page