top of page

Rakyat Malaysia teruskan bantah kekejaman Israel - Cikgu Azmi



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan dan rakyat Malaysia diharap terus konsisten menyatakan pendirian serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin agar kekejaman rejim Israel dapat dihentikan.


Harapan itu disuarakan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid ketika ditemui pemberita selepas menyertai Himpunan Mega Solidariti Palestin Setahun Genosid Gaza yang berlangsung di Jalan Tun Razak, di ibu negara hari ini.


Terdahulu, beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi mengetuai sesi penyerahan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.


Tegas beliau, solidariti terhadap rakyat Palestin perlu dinyatakan secara bersungguh-sungguh


"Kita menuntut supaya Malaysia jangan kendur pendiriannya.


"Kita juga akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua menteri kabinet supaya mereka faham ini tuntutan mereka.


"Bagaimana mereka nak bertindak, itu terpulang kepada mereka tetapi dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, kita tidak akan berhenti bersolidariti," katanya.


Himpunan hari ini dihadiri kira-kira 500 peserta termasuk NGO yang bermula dari Menara Tabung Haji (TH) menuju ke Kedutaan AS.


Himpunan hari ini dianjurkan bagi membantah kekejaman berterusan Israel yang kini mula menceroboh bumi Lubnan selepas menghancurkan kediaman dan membunuh lebih 42,000 rakyat Palestin.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page