top of page

Rakyat Malaysia selamat, Wisma Putra pantau situasi gempa di Myanmar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 29
  • 1 min read


Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam kejadian gempa bumi yang melanda Myanmar semalam.


Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Bangkok sedang memantau dengan rapat situasi susulan dua gempa bumi kuat yang telah menyebabkan kecederaan serta kemusnahan harta benda itu.


"Setakat petang tadi (Jumaat), tiada rakyat Malaysia yang terjejas setakat ini," kata Wisma Putra menerusi kenyataan.


Terdahulu gempa dengan magnitud 7.7 berlaku sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) pada 28 Mac 2025 dengan pusat gempa terletak di Wilayah Sagaing, barat laut Myanmar sebelum gempa kedua menyusul dengan magnitud magnitud 6.4 berlaku.

Dalam kejadian itu, lebih 20 orang disahkan terbunuh dengan puluhan lagi dilapor hilang mendorongThailand dan Myanmar mengisytiharkan darurat di beberapa wilayah mereka.


Sementara itu Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang berada atau dalam perjalanan ke Myanmar dan Thailand untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa tempatan dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu.


"Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan premis kedutaan yang sedia ada. Sekiranya berlaku kecemasan atau gegaran susulan yang kuat, rakyat Malaysia di Bangkok dinasihatkan untuk berkumpul di Kompleks Kedutaan bersebelahan Sathorn Garden dan bukan di lokasi Kronos Sathorn Tower," tambah kenyataan itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Malaysia dengan rendah hati mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dengan bencana itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Malaysia berdiri dan bersama dalam solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama negara jiran dan sesama negara anggota ASEAN.


Malaysia juga bersedia untuk menghulurkan bantuan dan menyokong usaha kemanusiaan mengikut keperluan.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page