top of page

Rakyat Malaysia dilantik pakar Pertubuhan Larangan Senjata Kimia - Wisma Putra



Seorang rakyat Malaysia, Dr Raja Subramaniam dilantik sebagai pakar dalam Scientific Advisory Board (SAB) bagi Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpusat di The Hague, Belanda.


Wisma Putra ketika mengumumkan pelantikan itu berkata Dr Raja Subramaniam yang mempunyai kepakaran khusus dalam hal yang berkaitan dengan senjata kimia lebih 23 tahun akan berkhidmat bermula 1 Januari ini hingga 31 Disember 2027.


Beliau merupakan salah seorang daripada tujuh orang pakar dari rantau Asia dalam SAB.


"Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Analisis Senjata Kimia daripada National Swedish Chemical, Biological, Radioactive and Nuclear (CBRN) Defence Research.


"Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBKKSK) di Kementerian Luar Negeri untuk penggal yang kedua," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kementerian Luar berkata SAB terdiri daripada 25 orang pakar dari kalangan negara anggota OPCW, yang berkhidmat atas kapasiti peribadi dalam memberikan nasihat khusus kepada Ketua Pengarah OPCW mengenai perkembangan saintifik dan teknologi yang berkaitan dengan pelaksanaan Konvensyen Senjata Kimia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


"SAB bersidang setahun sekali atau mengikut keperluan seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah OPCW," katanya.


"Kementerian Luar Negeri merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah OPCW dan masyarakat antarabangsa atas kepercayaan mereka terhadap komitmen Malaysia dalam usaha-usaha global ke arah penghapusan senjata Kimia," ujar kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page