top of page

Rakyat diseru kekal semangat keterangkuman, elak persenda agama



Rakyat Selangor terutama masyarakat Islam diseru mengekalkan semangat keterangkuman dengan menghormati agama lain serta tidak memperlekeh amalan mereka.


Exco Agama, Dr Fahmi Ngah dipetik laporan media berkata, tindakan saling mempersenda agama lain boleh membawa kepada perpecahan berpanjangan dikalangan rakyat.


"Kita mesti menghormati dan menghargai kepercayaan lain serta tidak memperlekeh mereka. Jika tingkah laku seperti itu bermula, ia hanya akan membawa kepada perpecahan yang berpanjangan.


"Perpaduan yang menjadikan Selangor makmur dan progresif. Kekuatan terletak pada kepelbagaian, dan mengekalkannya amat penting," katanya ketika hadir ke program Kembara Masjid di Hulu Selangor pada Rabu.


Beliau berkata begitu susulan beberapa insiden berkaitan isu agama yang kemudian dilihat cuba diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetus api permusuhan.


Sementara itu sebagai mengulas program Kembara Masjid itu beliau berkata, ia bagi membolehkan pihak pentadbiran negeri meneliti keadaan sebenar rumah ibadat di negeri itu secara langsung, termasuk dari keperluan infrastruktur.


"Daripada hanya menerima laporan, lebih baik turun padang dan melihat sendiri isu sebenar. Apabila kita melawat sendiri, barulah kita sedar betapa seriusnya masalah yang dihadapi," katanya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page