top of page

Rakyat diminta waspada pautan palsu bantuan Bingkas



Rakyat khususnya di negeri Selangor diminta berwaspada kepada taktik penipuan di media sosial yang menyebarkan pautan palsu berkaitan inisiatif ditawar Kerajaan Negeri.


Exco Wanita Selangor Anfaal Saari berkata, pihak kerajaan negeri baru-baru ini mengesa satu akaun Facebook yang memaparkan hebahan kerajaan negeri menyediakan RM3,600 setahun atau RM300 sebulan di bawah program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) bersama pautan palsu permohonan.


"Saya memohon pihak tidak bertanggungjawab ini menurunkan hantaran tersebut dan bertaubat.


"Anda bukan saja memangsakan rakyat Selangor, tetapi anda memangsakan golongan memerlukan," kata ADN Taman Templer itu dipetik.


Bingkas merupakan program bantuan kewangan terbesar dilancarkan kerajaan Selangor sejak 2018 yang menawarkan bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan serta kelengkapan pendidikan.


Pengundi berdaftar di Selangor, lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun yang mempunyai sekurang-kurangnya tanggungan dua individu berusia 18 tahun ke bawah boleh memohon bantuan itu.


Sementara itu Anfaa mengingatkan mana-mana individu yang mahu membuat permohonan supaya merujuk saluran rasmi program Bingkas di laman rasmi kerajaan negeri.


"Maklumat juga boleh didapati melalui akaun rasmi saya, Media Selangor atau aplikasi SELangkah untuk memastikan kesahihan fakta," tegasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page