
Rumah terbuka Menteri Pendidikan (KPM) Fadhlina Sidek semalam meriah dengan kehadiran pelbagai pihak menyambut 1 Syawal, semalam.
Menurut Fadhlina, pelbagai bangsa dan agama datang meraikan hari kebesaran umat Islam itu dalam suasana harmoni dan penuh rasa kasih sayang.
"Keluarga besar KPM datang silih berganti. Sahabat baik semenjak kecil dan keluarga besar parti KEADILAN datang bertali arus.
"Datuk Seri Ramanan (Timbalan Menteri Koperasi) datang bersama Chan Ming Kai (Setiausaha Politik Perdana Menteri) serta sahabat kami dari Penang, Ong. Mustaqim, Radzi, Zaaba, Hardian serta Fakhrul membawa rombongan keluarga masing-masing dari Pulau Pinang dan Pahang dan merata pelusuk negara.
"Anak-anak murid serta para guru pelbagai bangsa datang dengan wajah ceria menambah keceriaan 1 Syawal dengan kegirangan bahawa inilah Malaysia kami dan inilah cara kami meraikan kepelbagaian," katanya dalam muat naik di Facebook.

Selain itu, kata Fadhlina, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kar Woh datang bersama kedua ibu bapanya. Prof. Sarjit, sahabat baik beliau yang saban tahun datang kali ini membawa ibunya bersama. Saudara Haridas, Chandran, Kim, Datuk Eddie, Andrew, Soon Sing, Prof. Dr. Madeline Berma juga turut hadir.
"Inilah Malaysia kita. Jangan pernah kita lupa bahawa kita akan sentiasa menguatkan antara satu sama lain kerana kekuatan dan kepelbagaian yang kita sama-sama bina sekian lama.
"Terima kasih untuk 1 Syawal yang amat membahagikan," katanya lagi.
Comments