![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_6ff8107f1a0942b6b160f21d9c45765f~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_482,al_c,q_80,enc_auto/4449e2_6ff8107f1a0942b6b160f21d9c45765f~mv2.jpg)
Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri hari ini dengan penuh kegembiraan dan berhikmah.
"Kita dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya melaksanakan tuntutan agama iaitu menunaikan ibadah puasa serta menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.
"Semoga kita semua memperolehi keberkatan serta kenikmatan sepanjang Ramadan dan bersyukur dengan setiap pemberiannya," katanya.
Beliau juga berharap rakyat yang pulang ke kampung memandu berhati hati.
"Semoga kita semua memperolehi keberkatan serta kenikmatan sepanjang Ramadan dan bersyukur dengan setiap pemberiannya.
"Akhir sekali selamat pulang ke kampung halaman yang jauh atau dekat, sentiasa berhati-hati dan berhemah, semoga hari raya ini kita dapat meraikan dengan penuh kegembiraan," katanya lagi.
Comments