top of page

Rafizi harap Koperasi KEADILAN Berhad jadi model ikutan



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin Koperasi KEADILAN Berhad (KIRA) adalah model yang baik untuk menggerakkan ekonomi dalam kalangan akar umbi rakyat.


Pada ucapan di Majlis Makan Malam KIRA di Hotel InterContinental di Kuala Lumpur malam tadi beliau berkata, koperasi itu boleh menjadi bukti tanpa bantuan daripada kerajaan, mereka tetap dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan menjalankan perniagaan yang kewangannya mampan.


"Kita sedang membangunkan beberapa model yang berdasarkan kewangan Islam, menggunakan konsep Muzakarah. Sudah tentu perlu melalui proses yang ketat dan perlu ada satu model perniagaan mampan.


"Kalau kita berjaya buktikan ini, saya berharap ia akan menjadi ikutan oleh bukan sahaja masyarakat tetapi parti-parti politik lain," katanya dalam ucapan.


Koperasi KEADILAN Berhad (KIRA) adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan dengan tujuan membantu anggota parti (yang menjadi anggota koperasi) menjana pendapatan menerusi aktiviti perniagaan yang ditawarkan serta menjaga kebajikan anggota koperasi.


Dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun ini, ia didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Koperasi 1993 pada 31 Januari lalu.


Sementara itu menurut Rafizi yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, penubuhan KIRA menjadikan mereka parti pertama yang menjaga kebajikan ahlinya dengan memperkenalkan model perniagaan koperasi.


Untuk suku tahun pertama 2024, pihaknya telah meletakkan beberapa sasaran untuk dicapai koperasi itu. dapan.


"Kita akan melancarkan kedai KIRA yang pertama dan pusat penjagaan serta asuhan kepada kanak-kanak.


"Kita juga sedang pertimbangkan pasaran untuk penjagaan orang tua," katanya yang turut berharap ia akan membantu membuka peluang baharu untuk parti itu terus berkhidmat pada masyarakat.


 
 

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page