top of page

Qunut Nazilah terhadap sesama muslim amalan politik melampau - YADIM



Tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang membacakan Qunut Nazilah di Parlimen yang dipercayai ditujukan kepada seteru politik mereka terus dikecam.


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) melalui satu kenyataan berkata, pihaknya kecewa dengan perbuatan menggunakan agama dalam setiap kesempatan politik walaupun sudah ditegur berkali-kali oleh pihak berkuasa agama.


"Ia jelas merupakan amalan melampau kerana perbezaan politik terus dijadikan asas untuk membacakan doa berkenaan. Qunut Nazilah merupakan satu doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah besar.


"Hal ini sepertimana dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membacakan doa berkenaan apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat baginda," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Zamri Zainal Abidin dalam satu kenyataan.


Pada Khamis, Ahli Parlimen pembangkang membuat bacaan qunut nazilah dipimpin Ahli Parlimen Jasin Zulkilfli Ismail selepas Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang Wan Fayshal Wan Ahmad dari menghadiri sidang dewan selama enam bulan.


Wan Fasyal digantung setelah dianggap bersikap tidak profesional dan melanggar etika Parlimen apabila membangkitkan isu pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta menamakan seorang penjawat awam yang kononnya “dalang” mengancam kedaulatan negara hanya dengan bersandarkan surat layang yang kandungannya tidak disahkan.


"Menyamakan perseteruan politik dengan amalan Rasulullah SAW ketika menghadapi musuh-musuh Islam jelas menunjukkan amalan politik taksub, sempit dan melampau," ujar Zamri.


Justeru, beliau menggesa agar ahli politik menunjukkan budi pekerti terpuji apabila berada di Dewan Rakyat kerana mereka menggalas tanggungjawab menunjukkan contoh baik kepada masyarakat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page