top of page

Putra Height: Usaha baik pulih rumah terjejas bermula minggu depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 hours ago
  • 1 min read

MB DS Amirudin Shari dan Exco Datuk Ng Suee Lim mengambil kesempatan membantu kerja pembersihan
MB DS Amirudin Shari dan Exco Datuk Ng Suee Lim mengambil kesempatan membantu kerja pembersihan

Kerajaan Negeri Selangor akan mula menumpukan usaha baik pulih dan menyelesaikan urusan sewaan rumah mangsa terjejas kebakaran paip gas di Putra Height.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketika ini kerja pembersihan di kawasan terbabit sudah dimulakan.


Sebanyak 307 rumah sudah dibenarkan untuk diduduki semula dan beliau menjangkakan angka itu akan bertambah setelah kerja pembersihan selesai.


"Minggu depan kita akan menumpukan kepada dua perkara iaitu sewaan dan baik pulih rumah.


"Kita sudah hampir ke peringkat kemuncak atau hampir menyelesaikan sepenuhnya apabila urusan sewa rumah selesai, termasuk pembahagian duit sewa," katanya dipetik.


Amirudin berkata begitu ketika merasmikan Ops Mega Pembersihan di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya pada Sabtu.


Operasi pembersihan di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru itu disertai 12 pihak berkuasa tempatan, polis, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, KDEBWM dan Selangor Volunteer (Serve) seliaan Majlis Sukan Negeri (MSN).

Selain itu, seramai 4,600 sukarelawan melibatkan kakitangan Kerajaan Negeri dan pelbagai agensi turun menyertai operasi itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin menjelaskan Kampung Kuala Sungai Baru menjadi kawasan yang paling mencabar untuk dibersihkan disebabkan pelannya yang tidak tersusun.


"Kampung Kuala Sungai Baru dibina bukan dengan kaedah perumahan tersusun dan mengikut piawaian, berbeza dengan kawasan perumahan lain seperti Putra Heights dan Putra Harmoni.


"Kawasan itu dibangunkan sendiri selama bertahun oleh penduduk, jadi kesannya lebih teruk dan memerlukan lebih banyak usaha serta masa untuk melaksanakannya," tambah beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page