top of page

Putar belit wawancara: Anwar dikagumi dunia, pembangkang ketandusan idea



Oleh: Akmal Manaf


Kontroversi sejak 15 November lalu dicetuskan oleh pembangkang PN yang cuba menggambarkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menyokong kewujudan Israel dan bersetuju dengan hak mempertahankan diri negara itu merupakan perbuatan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat terhadap sanjungan yang diterima PM dalam kalangan pemimpin dunia.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Nabil Halimi, pembangkang dan laskar siber mereka cuba sedaya upaya mengelakkan kekaguman rakyat, terutamanya orang Melayu terhadap karisma Anwar memperjuangkan nasib Palestin di persada dunia, menyebabkan mereka mencipta fitnah melalui video suntingan daripada wawancara bersama wartawan CNN yang dipetik di luar konteks.


Bagi Nabil, jawapan Anwar dalam temubual berkenaan adalah berdasarkan konsep bernegara yang menjelaskan kewujudan Israel dan hak haknya sebagai anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), namun Malaysia tidak mengiktirafnya kerana kekejaman dan penjajahan negara zionis itu di bumi Palestin.


Oleh itu, kata beliau, PM Anwar menyokong penyelesaian yang adil dan saksama menerusi kaedah 'two-state solution' yang sepatutnya diterima Israel sejak lebih sedekad lalu.


"Apabila diimbas kembali pada 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri (juga) menyokong two state solution ini.


"Tapi tiba-tiba pula berubah.. (pembangkang) seolah-olah menuduh Anwar tidak tegas dan hanya mengeluarkan kata-kata yang tidak mencerminkan kita menyokong (perjuangan rakyat Palestin)," ujarnya kepada Suara Keadilan.


Sikap pembangkang itu, kata Nabil, tidak sewajarnya berlaku kerana kaedah penyelesaian dua negara, Israel dan Palestin telah diterima pemimpin Malaysia dan disokong sejak era pentadbiran Tun Mahathir Mohamad pada 2002 lagi.


Lebih penting, katanya, cadangan terbaharu dari PM Anwar yang mahu Israel disingkir terus dari PBB menunjukkan keseriusan negara ini ingin melihat konflik di Timur Tengah berakhir.


"Baru-baru ini dalam Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi, Anwar ada membawa usul untuk menyingkirkan Israel dari PBB.


"Dari situ, kita sudah boleh nampak ketegasan Perdana Menteri dan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyuarakan isu berkaitan peperangan antara Israel dan Palestin," katanya lagi.


Dalam pada itu, Nabil menegaskan, sokongan penuh seharusnya diberikan kepada PM dalam usaha Malaysia menjadi juara menangani isu kemanusiaan berkenaan.


Katanya, sepanjang pentadbiran PM Anwar, Kerajaan MADANI amat serius memperjuangkan kemerdekaan Palestin tanpa sedikit pun pernah memberi muka kepada rejim Israel.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page