top of page

Pusat Satelit Ekspatriat diperluas ke Terminal 2 KLIA



Berikutan kejayaan Pusat Satelit Ekspatriat (ESC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, kerajaan kini diperluas kemudahan itu ke KLIA Terminal 2 bagi meningkatkan daya tarikan Malaysia kepada pelabur dan membawa masuk bakat berkemahiran tinggi.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ESC di KLIA Terminal 2 yang dibangunkan bersama Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) mula beroperasi sepenuhnya 24 jam sehari, sejak 4 Jun lepas dengan empat pegawai ditempatkan bagi penugasan secara bergilir-gilir.


"Malaysia telah merekodkan peningkatan bilangan ekspatriat dan ini menunjukkan Malaysia menjadi destinasi pilihan bagi syarikat multinasional dan pelabur dan ia juga memberi kesan positif kepada ekonomi negara selain menjana peluang pekerjaan.


"Sehingga 21 Julai lalu, ESC KLIA Terminal 2 telah mengeluarkan sebanyak 72 pas dan saya yakin pembukaan ESC ini membuktikan kesungguhan dan komitmen Jabatan Imigresen (JIM) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) dalam memudah cara urusan imigresen yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara," katanya dipetik dalam sidang media selepas melancarkan ESC di Terminal 2, KLIA, Sepang semalam.


Turut hadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.


ESC berperanan sebagai pusat pengeluaran Pas Imigresen untuk ekspatriat, profesional dan tanggungan mereka yang diluluskan, membenarkan tinggal dan bekerja serta-merta di Malaysia dan memintas tempoh menunggu 30 hari sebelumnya.


Jenis pas yang dikeluarkan adalah Pas Penggajian (EP), Pas Tanggungan (DP), Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar (PLIK), Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLS), Pas Residen-Talent (RP) dan Pas Tanggungan Residen-Talent.


Bagi tahun 2023, sebanyak 10,703 pas telah dikeluarkan oleh ESC KLIA Terminal 1 berbanding 5,000 pas pada tahun sebelumnya. Manakala setakat 21 Julai 2024, sebanyak 6,625 pas telah dikeluarkan.


Secara keseluruhannya, sehingga 21 Julai 2024, sejumlah 22,462 Pas Imigresen telah dikeluarkan (termasuk menerusi ESC KLIA Terminal 2) dengan purata 714 pas disahkan dalam tempoh sebulan.


Menurut Saifuddin Nasution, bilangan ekspatriat tertinggi adalah dari India, negara Eropah dan China manakala sektor pekerjaan mereka adalah dalam bidang pendidikan, pembuatan, kejuruteraan serta minyak dan gas.


"Saya yakin pembukaan ESC ini membuktikan kesungguhan dan komitmen JIM dengan kerjasama TalentCorp dalam memudahcara urusan imigresen yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page