top of page

Pusat pengundian ditutup, pengumuman keputusan 9 malam ini



Oleh: Abdullah Zaid


Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangn Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula 8 pagi selesai selepas semua pusat mengundi ditutup pada 6 petang.


Semua peti undi dari sembilan pusat pengundian melibatkan 65 saluran di Dewan Serbaguna Jawi, Sungai Bakap di sini sebelum keputusan rasmi diumum, yang dijangka pada 9 malam ini.


Setakat 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan 57% telah keluar mengundi pada PRK berkenaan.


Dalam pada itu, seramai 552 petugas SPR ditugaskan untuk mengendali proses pengundian berkenaan yang membabitkan 39,279 pengundi.


Manakala, seramai 800 pegawai dan anggota polis ditugaskan menjaga ketenteraman awam termasuk kelancaran lalu lintas dan keselamatan pusat pengundian.


Wakil Perpaduan Dr Joohari Ariffin berdepan dengan dengan bekas pegawai khas kepada Allahyarham Nor Zamri Latiff, Abidin Ismail, mewakili Perikatan Nasional (PN).


Beliau yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, diangkat sebagai calon Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu memenangi semula kerusi tradisi KEADILAN selepas beralih tangan kepada Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page