top of page

Pusat pengundian ditutup jam 6 petang, undi pos BN mendahului



Oleh: Abdullah Zaid


Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir selepas kesemua 20 pusat pengundian yang dibuka bermula 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi pukul 6 petang tadi.


Antara pusat pengundian berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai, SK Kuala Sungai, Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.


Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi berkenaandibawa ke Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan dapat diumumkan seawal 9 malam.


Setakat 4 petang tadi, sebanyak 71.87% pengundi daripada 20,216 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu DUN Nenggiri.


Terbaharu, keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Mohd Azizi Abu Naim mendahului calon Perikanan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.


Calon BN memperoleh 30 undi undi pos, berbanding PN hanya memperoleh lapan undi.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi melalui laman Facebook.


PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Perpaduan (BN) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan lambang Pas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page