Kewujudan pusat pengalaman kecedasan buatan atau AI Experience Centre di CelcomDigi Hub, Subang Hi-Tech Industrial Park, Subang Jaya, Selangor yang dirasmikan hari ini dijangka akan membuka gerbang baharu kepada era teknologi digital negara.
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, banyak teknologi yang dipamerkan di pusat berkenaan merupakan yang terkini di pasaran.
"Yang menarik, pusat kecedasan buatan ini banyak teknologi yang diperagakan adalah teknologi yang sedang dilaksana atau digunakan sebagai projek perintis atau sedang melalui komersialisasi.
"Saya sendiri sebelum ini pernah melihat beberapa teknologi yang ditunjukkan di sini. Sebagai contoh penggunaan dron dan robot bergerak sendiri (autonomous robot) yang digunakan di satu gudang yang diusahakan oleh DHL
"CelcomDigi memaklumkan pihak DHL akan membina satu fasiliti yang lebih besar di Pulau Pinang dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi menggunakan kesalinghubungan 5G.
"Saya lihat usaha sebegini adalah usaha yang baik dan saya alu alukan pihak CelcomDigi," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, kebanyakan terknologi AI dan 5G negara masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dan mempunyai potensi yang luas di negara ini.
"Kalau kita tengok bukan sahaja AI malah 5G di kebanyakan negara ini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.
"Banyak teknologi yang ditunjukkan, diperagakan di CelcomDigi ialah yang sedang digunakan sabagai contoh yang sedang digunakan dengan Petronas. Ada beberapa universiti yang memanfaatkan.
"Saya jangka ini adalah hampir setaraf dengan dengan apa yang ada di luar sana," katanya.
Beliau dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berharap CelcomDigi dan 40 rakan lain akan memanfaatkan 5G, AI, Internet of Thing di pusat berkenaan.
Comments