top of page

Pusat Khidmat Tebrau bantu rakyat daftar Perkeso



Pusat Khidmat Parlimen Tebrau membantu rakyat di kawasan parlimen berkenaan untuk mendaftar Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.


Menurut Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse, kelmarin beliau menerima kunjungan pegawai-pegawai Perkeso negeri Johor bagi membincangkan secara lanjut program pendaftaran caruman berkenaan.


"Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukan RM100 juta sebagai subsidi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO kepada pekerja sektor gig dan bekerja sendiri.


"Pencarum boleh menikmati lapan jenis faedah termasuk Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan dan sebagainya (sekiranya mendaftar)," kata Jimmy Puah.


Tambah beliau, bukan semua golongan boleh mendaftar sendiri skim berkenaan terutama suri rumah dan sebagainya. Oleh itu, program pendaftaran berkenaan boleh membantu penduduk mendaftar skim tersebut dengan lebih mudah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page