top of page

Pusat Khidmat Sg Petani anjur khatan beramai ramai


Dr Taufiq memberi motivasi kepada seorang peserta pelajar sekolah rendah yang akan dikhatankan
Dr Taufiq memberi motivasi kepada seorang peserta pelajar sekolah rendah yang akan dikhatankan

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani baru baru ini menganjurkan program khatan beramai ramai kepada para pelajar sekolah rendah.


Menurut satu kenyataan, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taifiq Johari berkata, penganjuran kali ini menerima penyertaan sebanyak 131 orang manakala jumlah peserta yang hadir dan selamat menjalani proses khatan seramai 126 orang.


"Tahniah buat semua adik adik peserta yang telah berjaya mengharungi proses berkhatan ini serta terima kasih buat waris yang sudi menyertai dan menyokong program anjuran Parlimen Sungai Petani," katanya.


Tambah beliau, berkhatan merupakan suatu ibadah yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Hikmah pensyariatan khatan katanya, untuk menjaga kesucian dan kebersihan secara luaran mahupun dalaman sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran, maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri (surah Al-Baqarah, 2: 222).


Beliau berharap penduduk Sungai Petani terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh Parlimen Sungai Petani untuk kebaikan semua.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page