
Pusat Khidmat Rakyat Tambun semalam menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan tersebut.
Menurut Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bantuan diberikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat, Mohamad Hairul Amir Sabri bersama Pasukan Pusat Khidmat Tambun.
"Semalam Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat di Tambun, saudara Mohamad Hairul Amir Sabri bersama pasukan telah salurkan Sumbangan Ihsan MADANI bagi pihak saya kepada 19 ketua isi rumah mangsa banjir kilat yang melanda empat kampung di parlimen ini.
"Saya mendoakan urusan setiap mangsa dipermudah dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana yang berlaku," katanya di Facebook.
Comments