top of page

Pusat Khidmat Masyarakat Batang Kali cawangan kedua mudahkan masyarakat



Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batang Kali cawangan kedua dirasmikan pada Sabtu lalu oleh Exco Perumahan, Kebudayaan dan Warisan Selangor.


Dalam majlis itu, Exco Datuk Bohan Aman Shah menekankan kerja khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, khususnya KEADILAN di DUN Batang Kali perlu dilakukan secara lebih tersusun dan menyeluruh dengan wujudnya pusat khidmat tersebut.


Dalam ucapan perasmian itu juga beliau menzahirkan kesediaan untuk bersama memberi perkhidmatan, terutamanya dalam menyelesaikan masalah perumahan dan rumah terbengkalai di daerah Hulu Selangor.


Pusat khidmat cawangan kedua tersebut terletak di kawasan perumahan Bukit Beruntung, di Jalan Adenium 2G/6, Seksyen BB5 yang mewakili Kerajaan Perpaduan kerana DUN Batang Kali sebelum ini dimenangi Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri pada Ogos tahun lalu.

Saifuddin Shafi, Borhan dan Saiful Annuar di majlis perasmian Pusat Khidmat DUN Batang Kali

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash; Setiausaha Politik Menteri besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad merangkap Penyelaras DUN Batang Kali dan wakil wakil Ketua Kampung, KRT persatuan penduduk dan NGO.


Seorang penduduk di kawasan tersebut, Muhammad @ Che Mat Ibrahim mengalu alukan pembukaan pusat khidmat cawangan kedua berkenaan memandangkan ia boleh memudahkan penduduk memohon skim inisiatif peduli rakyat yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor.


"Ini adalah satu usaha khidmat wakil kerajaan yang berada di tengah-tengah masyarakat kawasan DUN Batang kali. Ia akan dapat membantu masyarakat dan secara tidak langsung menyokong semua sekim iltizam kerajaan Selangor," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page