top of page

Pusat data AI di Perlis bakal jana 2,000 peluang pekerjaan



Perlis terbukti tidak disisihkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam projek mega melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan diumumkan pelaburan sekitar AS$11 bilion melibatkan Pembangunan Bandar Teknologi Maju Perlis di Chuping yang dijadual bermula tahun depan.


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kemudahan tersebut kelak bakal dibina dengan prasarana bagi keperluan 1.5 gigawatt pusat data AI.


"Ini adalah satu game changer. Saya hadir untuk menyaksikan dan memberi dokongan kepada usaha yang akan meletakkan Perlis di peta dunia pusat data.


"Ada beberapa aspek yang akan dibincangkan selepas ini termasuk kabel dasar laut bagi memudahkan (operasi) pusat data di Perlis," katanya kepada pemberita semalam selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Utama, Pembangunan Bandar Teknologi Maju Perlis melibatkan usaha sama Sirage Capital Sdn Bhd dan Sky Vast Sdn Bhd di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.


Tambah Fahmi, pusat data antara yang termaju di Malaysia itu kelak bakal menjana peluang pekerjaan kepada anak muda Perlis yang tidak perlu lagi berhijrah ke Pulau Pinang atau Kuala Lumpur untuk mencari kerja.


"Kita percaya bakal wujudkan lebih 2,000 pekerjaan dalam tempoh pelaburan ini. Peringkat awal AS$4 bilion akan dilabur untuk membina prasarana dan dijangka AS$7 bilion pelaburan tambahan bagi membina pusat data yang lain


"Jadi secara keseluruhan lebih AS$11 bilion," katanya.


Manakala Kementerian Komunikasi, kata Fahmi, akan membantu untuk meneliti beberapa aspek, terutama kolaborasi di antara Bandar Teknologi Maju Perlis dan institusi pengajian tinggi seperti UniMAP untuk menyediakan tenaga kerja yang boleh membantu membangunkan bandar teknologi terbabit, selain memastikan transformasi ekonomi digital dapat dilakukan bagi rakyat Perlis.


Selain itu, beliau juga berkata, projek mega berkenaan merupakan salah satu projek yang mendapat penarafan teknologi hijau di Malaysia yang mana penjanaan utama tenaganya akan menggunakan kuasa solar dan bateri.


"Uniknya pemilihan lokasi di Chuping strategik kerana ia antara tempat menerima cahaya matahari yang paling tinggi," katanya lagi.


Fahmi berkata begitu selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan berangkat hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Utama, Pembangunan Bandar Teknologi Maju Perlis melibatkan usaha sama Sirage Capital Sdn Bhd dan Sky Vast Sdn Bhd.


Pembangunan projek berkenaan termasuk meliputi prasarana bagi memuatkan hingga 1.25 Gigawatt (GW) pusat data AI yang bersifat off-grid atau tidak bersandarkan kepada rangkaian tenaga sedia ada.


Pemilihan Perlis dilihat akan mampu menaikkan ekonomi negeri antara termiskin di Malaysia itu kepada negeri berpendapatan sederhana dan menjadi bukti Kerajaan Madani tidak mengamalkan polisi menekan pembangkang sebagaimana kerajaan terdahulu yang tidak membenarkan pelaburan bernilai tinggi di kawasan lawan politik mereka.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page