top of page

Puasa menyucikan hati dari kebencian, membersihkan akal - PM



Bulan Ramadan yang diwajibkan umat Islam berpuasa merupakan madrasah tarbiah ruhiyah untuk memperbaiki sama ada jasmani dan rohani.


Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, madrasah Ramadan kali ini hendaklah digunakan oleh umat Islam Malaysia dalam menyucikan hati dari sifat kebencian dan meluruskan akal mereka.


"Falsafah tertinggi Ramadan menuntut setiap jiwa kaum Muslimin untuk melihat melampaui zahir serta menyelami ruh dan batin.


"Puasa tidak sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga tetapi apa yang utama adalah menunduk keangkuhan, menyanggah kezaliman dan penindasan serta meredam ketamakan. Ia adalah latihan ketundukan, tidak hanya kepada syariat Allah SWT tetapi kepada hakikat bahawa kita makhluk yang lemah dan Tuhan itu Maha Segala.


"Lantas, mari bersama kita menyucikan hati dari kebencian dan membersihkan akal agar terbentuk insan yang lebih adil, lebih kuat ihsannya, lebih dekat kepada Tuhan serta sesama insan," katanya dalam muat naik di Facebook sempena 1 Ramadan hari ini.


Di samping itu, PM juga mengingatkan agar umat Islam lebih prihatin kepada nasib insan yang tidak bernasib baik serta membaja sikap menghulur bantuan dalam diri ke atas golongan yang perlu dibantu.


"Bulan ini juga penting dalam mengangkat dimensi sosial dan kemanusiaan dalam memupuk rasa prihatin kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.


"Sewaktu kita mempunyai kesempatan beribadah, ada saudara kita yang masih berlindung di bawah runtuhan batu dan terus menjadi mangsa peluru tidak bermata," katanya merujuk nasib umat Islam di negara bergolak yang berpuasa dalam keadaan memprihatinkan.


Dalam kenyataan itu, PM juga berpesan agar rakyat menjauhi pembaziran dan berusaha untuk kembali kepada Allah SWT pada sepanjang Ramadan ini, juga mohon keampunanNya dalam setiap sujud agar semua beroleh berkah dan kesejahteraan.

Kommentit


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page