top of page

PRU redah banjir: Jimat kos, peti undi boleh dihanyut di sungai - Mat Sabu



Kerajaan BN yang sudah hilang akal memanggil Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pada musim banjir mungkin bertindak demikian untuk 'menjimatkan kos'.


Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, PRU pada musim banjir boleh menggunakan medium air sebagai pengangkutan utama pada hari mengundi yang tidak akan membazirkan bahan bakar.


"Kerajaan boleh jimat belanja kalau buat musim banjir, sebab tong undi boleh dihanyutkan di sungai sampai ke tempat pengiraan undi.


"Mengundi tak payah naik kereta, berenang ke tempat mengundi. Jimat belanja. Wanita susah sangat, boleh pakai bikini untuk pergi mengundi. Dalam keadaan begitu kita boleh mandi manda dalam mengundi.


"Inilah dalam dunia kerajaan nak buat pilihan raya musim banjir, kerajaan gila," katanya dalam ceramah Himpunan Harapan Melaka Bangkit, malam tadi.


Tegas Ahli Parlimen Kota Raja itu, PRU musim banjir amat menyusahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan tugas mereka.


Hal itu, katanya diakui sendiri oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang pernah mengelolakan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang, Johor pada waktu banjir.


"Bekas pengerusi SPR Tan Sri Aziz, saya jumpa dia minggu lepas dalam perasmian masjid. Kata bekas Pengerusi SPR ini buat PRK satu DUN Tenang di musim banjir amat sukar SPR hadapi. Bagaimana kalau PRU berlaku banjir di seluruh Malaysia?


"Biar rakyat lemas, biar rakyat mampus asalkan Zahid Hamidi hidup.


"Dia nak hadapi kes mahkamah. Bila masuk mahkamah, bila ke peringkat mahkamah kata ada prima facie (atas tuduhan) minta bela diri, ertinya setengah kaki masuk dalam jel. Sekarang Zahid kena bela diri dalam kes Yayasan Akal Budi.


"Bila kes itu dibicarakan maka dia bimbang kalau didapati bersalah," katanya membayangkan jika BN menang maka akan ada usaha untuk menggugurkan kes tersebut.


Namun Mohamad tidak terkilan dengan Umno yang sedang nazak kerana telah memerintah lama. Parti itu akan melakukan apa sahaja menyelamatkan pemimpinnya


Bagaimanapun beliau amat terkilan terhadap parti Islam Pas yang memberi pertolongan kepada Umno yang hampir mati.


"Kekuatan Umno terletak kepada dua tongkatnya, MCA dan MIC. Kedua dua tongkat itu dipatahkan oleh Pakatan Rakyat pada 2008 dan 2013.


"Dalam keadaan Umno lemah itulah Pas meletakkan bahunya menyelamatkan Umno.


"Sekarang Zahid Hamidi beritahu, bukan saya nak jumpa ustaz Hadi, ustaz Hadi yang terhegeh hegeh datang jumpa saya untuk selamatkan Umno. Nak kerjasama dengan Umno, parti penyamun," katanya.


Dalam pada itu, beliau membayangkan ekonomi Malaysia sewajarnya menjadi lebih baik daripada sekarang, malah meneruskan gelaran Harimau Asia sekiranya tiada kleptokrat mengambil berbilion ringgit wang negara untuk diri sendiri, keluarga dan kroni mereka.


"Nasib baik PH menang 2018, sempat buat siasatan. Barulah kita tahu wang negara kita bocor lebih RM60 bilion setahun.


"RM 60 bilion terlalu banyak, kalau tak bocor kedudukan ekonomi negara kita mengatasi Korea Selatan.


"Kita ingat cerita bocor main main, pembangkang cakap nak jatuhkan lawan. Rupanya bila buat siasatan, di bawa ke mahkamah, yang kita tahu sedikit tetapi banyak lagi yang lebih besar.


"Baru kita tahu satu projek Rosmah (isteri Najib) minta RM180 juta, sama banyak dengan belanjawan negrri Perlis. Itu baru satu projek," sinis Mat Sabu lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page