top of page

PRU mengejut: Percaturan PN wujudkan ketidakstabilan politik - Manivanan



Kestabilan politik menjadi 'slogan' terbaik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani.


Rakyat yang melalui detik kerapuhan pemerintahan pada tempoh 2020 - 2022 lalu serik mengulang jatuh bangun tiga kerajaan sepanjang penggal lima tahun.


Bagi Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin, hanya satu gabungan politik yang beruntung dalam waktu ketidakstabilan itu, iaitu PN.


Oleh itu, katanya, percubaan pembangkang PN mencetuskan spekulasi kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut akan dipanggil oleh PM dalam tempoh terdekat adalah bertujuan menghilangkan kecemerlangan Datuk Seri Anwar dalam mengekalkan 'jenama' kestabilan politiknya selepas serangan politik agama dan perkauman sempit oleh pembangkang yang gagal.


"Permainan politik 'agama' PN dapat dibenam oleh Perdana Menteri secara bijak. Permainan politik 'bangsa' oleh PN, juga dapat ditenggelamkan Datuk Seri Anwar secara cerdas.


"PN yang semakin hari semakin hilang peluru, kini menggunakan percaturan terbaru - mewujudkan persepsi ketidakstabilan politik.


"Pimpinan PN yang mendakwa PRU mengejut mungkin berlaku hujung tahun ini, adalah percaturan politik PN untuk mewujudkan persepsi ketidakstabilan politik dalam negara," ujar Manivanan dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, PN berhasrat mahu menganggu gugat kemaraan, kejayaan dan pencapaian Perdana Menteri lebih jauh.


Ketidakstabilan politik, katanya, akan juga mengugat pertumbuhan ekonomi dan kemasukan pelabur luar yang sekali gus dapat memadamkan rekod membawa masuk ratusan bilion ringgit pelaburan asing selama dua tahun.


"Ianya terbukti, apabila terdapat pertumbuhan ekonomi negara dari tahun ke tahun, pengukuhan matawang ringgit dan pelaburan dari syarikat syarikat gergasi global seperti Amazon Web Services, Microsoft, Goggle dan Oracle.


"Oleh itu, PN mengetahui kemaraan Datuk Seri Anwar agak progresif dan sekiranya tidak dihalang, PN tiada bahan untuk menghadapi PRU yang akan datang," katanya.


Bagaimanapun, tegas Manivanan, rakyat Malaysia lebih matang dalam politik dan mampu melihat sendiri permainan politik songsang PN.


"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dan Kerajaan Madani, komited serta fokus untuk memastikan dasar dasar terbaik untuk membantu rakyat dalam menangani isu kos hidup, pentadbiran yang cekap dan menanggani isu rasuah.


"PN teruskan membuat percaturan politik sebegini yang semakin hari semakin lumpuh, manakala Perdana Menteri dan Kerajaan Madani akan meneruskan percaturan untuk membina negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.


Kata mantan Ahli Parlimen Kapar itu, kestabilan politik Malaysia merupakan faktor utama yang mampu membawa pertumbuhan ekonomi negara, meningkatkan daya saing di peringkat global dan menyakinkan para pelabur di dalam dan luar negara.


Tidak ramai, katanya, tokoh politik negara yang mampu membawa kestabilan dan tanpa kestabilan politik, tidak mungkin Malaysia akan mengorak langkah ke hadapan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page