top of page

Proses peralihan kepada model dwirangkaian bermula - Fahmi



Pengumuman pihak Digital Nasional Berhad (DNB) berkenaan penyempurnaan syarat-syarat duluan atau conditions precedent bagi Share Subsription Agreement (SSA) bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications dalam memegang saham DNB disambut baik.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hal itu merupakan antara langkah utama ke arah peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia.


"Hari ini saya telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memulakan proses menentu dan melantik syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (MNO) yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia. Ini termasuk mengeluarkan Pakej Maklumat Pemohon atau Applicant Information Package (AIP) pada 1 Julai 2024.


"Proses ini akan dilaksanakan secara telus berdasarkan kuasa dan peruntukan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan.


Menurut Fahmi, Kementerian Komunikasi komited melaksanakan keputusan kerajaan agar negara beralih kepada model dwirangkaian 5G dalam usaha untuk menamatkan unsur monopoli perkhidmatan 5G, sekali gus memacu hala tuju industri telekomunikasi yang lebih berdaya saing dan mapan.


"Pelaksanaan rangkaian 5G kedua ini akan dapat membantu usaha meningkatkan liputan 5G, mewujudkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi, serta memastikan harga pelan dan mutu perkhidmatan 5G yang baik untuk rakyat," katanya.


Dengan adanya dwirangkaian itu, perkhidmatan spektrum 5G tidak akan lagi dimonopoli oleh syarikat tertentu yang menjadi isu pada peringkat awal DNB diwujudkan dahulu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page