Proses penamaan calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pagi ini berjalan lancar.
Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao (gambar, tengah) telah mengemukakan kertas pencalonannya. Pencalonan Sock Tao dicadang oleh Srikanth Santrakandm dan disokong oleh Amin Hussen. Kertas pencalonan diterima oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kelihatan calon PN, Khairul Azhari mengemukakan kertas pencalonan dan diterima oleh pegawai SPR
Juga beberapa calon Bebas selesai berbuat demikian.
Suasana di dalam dewan pencalonan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor tenang.
Comments